Quantum Bullion Exchange Board

Lembaga Pentadbiran

Objektif Lembaga

Memperkukuhkan peranan pengurusan dalaman dalam sektor perdagangan bullion dan pelaburan di seluruh dunia;

Mewujudkan peluang menjadi sebahagian daripada peniaga dan pelabur Pusat Komuniti Syariah untuk ahli;

Untuk berkongsi maklumat penting mengenai strategi perniagaan bullion, kempen kesedaran, rancangan simpanan, projek CSR dan pertukaran idea antara ahli yang berdaftar.

 

- DATO’ LIM KHONG SOON

Pengerusi Eksekutif

Dato’ Lim Khong Soon mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam industri acuan ketepatan, komponen elektronik, sianida kalium emas untuk industri penapisan emas. Dengan pembangunan bersama dengan Inochem dari Afrika Selatan sejak tahun 2000, beliau terlibat dalam pemulihan emas dan penapisan emas tulen daripada sisa elektronik, logam berharga dan barang kemas terpakai atau lama. Selain membekal emas kepada fabrikasi barang kemas dan berurusan dengan bank jongkong Australia, beliau telah memperkenalkan serta membangunkan suatu sistem integrasi untuk Perth Mint dalam menjalankan perniagaan dagangan emas dengan bank.

“ KAMI BERUSAHA UNTUK AKTIF
MELINDUNGI DAN MELANJUTKAN
KEKAYAAN SETIAP PELANGGAN KAMI,”

- Haji Kamari Zaman Bin Juhari

Timbalan Pengerusi
Lembaga Quantum Bullion Exchange

Haji Kamari Zaman bin Juhari merupakan Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif Permodalan BSN Berhad (“PBSNB”). Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pelaburan PBSNB. Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi di Bank Persatuan dan berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Kewangan Pembangunan dan Usahawan di Bank Negara Malaysia (“BNM”). Jabatan Pembangunan Kewangan dan Perusahaan, BNM bertanggungjawab untuk memajukan pembangunan Institusi Kewangan Pembangunan yang mantap, progresif, dan mengembangkan PKS yang kompetitif dalam mencapai objektif sosio-ekonomi negara. Beliau mula berkhidmat dengan Bank Negara Malaysia pada tahun 1982 setelah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sumber dari Universiti Putra Malaysia (“UPM”). Beliau menerima Mason Fellowship selepas menamatkan pengajian beliau di peringkat Sarjana Pentadbiran Awam dari Harvard University pada tahun 1990.

Sekitar tahun 1992, beliau dilantik sebagai Ketua Unit Offshore di Labuan dan seterusnya pada tahun yang sama telah menyambung jawatan sebagai Ketua Pedagang Forex sehingga tahun 1996. Pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengurus Besar di Lembaga Pembangunan Labuan sehingga tahun 1999 dan kemudian dilantik sebagai Pengarah Pembangunan, Jabatan Kewangan dan Perusahaan, Bank Negara Malaysia pada tahun 2008 sehingga bersara sebelum beliau menyertai Bank Simpanan Nasional.

- YBhg Dato’ Haji Abdul
Fattah Haji Abdullah

Ahli Jawatankuasa Lembaga
Quantum Bullion Exchange

YBhg. Dato’ merupakan Presiden Pertubuhan Koperasi Nasional Malaysia (Angkasa Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad) yang telah dilantik bermula dari Disember 2006 sehingga sekarang. Beliau juga merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Perkhidmatan Angkasa dan berpengalaman menjadi Presiden Majlis Belia Negeri Pahang (MBN Pahang) dibawah pimpinan oleh YB Norol Azali Sulaiman Guai. Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang reka bentuk visual, grafik, digital, media cetak elektronik dan lain-lain kepakaran merangkumi psikologi yang berkait rapat dengan tingkah laku pengguna, sosiologi dan sejarah arus media perdana. Beliau adalah Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia dan juga salah seorang Ahli Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA).

Penasihat Syariah

ISRA CONSULTING
Rakan Penasihat Kewangan Isla

ISRA International Consulting Sdn. Bhd.
merupakan sebuah agensi yang dilantik oleh Bank Negara Malaysia (“BNM”) telah menjalankan audit pematuhan Shariah ke atas produk QMSB.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa ISRA telah memberi pengesahan seperti yang berikut:

Dengan ini disahkan bahawa;

Gold Storage Account (Produk) telah mematuhi Dokumen Polisi Syariah Bank Negara Malaysia (“BNM”), khususnya Bai al-Sarf (Pertukaran Mata Wang) dan;

Produk ini juga telah mematuhi Piawaian Syariah Emas dan Perdagangan yang berkaitan dengannya selari dengan ketetapan Organisasi Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) (Standard Syariah No.57).

Hubungi Kami