Quantum Bullion Exchange Board
Ya, produk Quantum Metal Sdn Bhd telah mendapat pematuhan Syariah kerana ianya di audit dan diperakui oleh ISRA International Consulting Sdn. Bhd.
Setelah mendapat pengesahan pembayaran daripada pelanggan bagi pembelian emas di QM, sejumlah nilaian emas dalam gram yang setara dengan belian tersebut akan dikreditkan terus ke akaun Gold Storage Account (GSA) pelanggan. Emas fizikal QM amat selamat kerana ianya disimpan di BRINKS iaitu sebuah syarikat antarabangsa yang mengendalikan peti simpanan barangan berharga yang terkemuka di seluruh dunia. Emas pelanggan juga telah diinsuranskan 100% dengan syarikat antarabanga iaitu LLOYD’s London.
Sekiranya anda ingin mengeluarkan emas fizikal, pelanggan boleh memilih pengeluaran emas fizikal ‘Physical Withdrawal’ dari akaun GSA pada bila-bila masa dan QM akan uruskan penghantaran emas fizikal tersebut ke alamat pelanggan yang telah didaftarkan di dalam sistem. Ia berbeza dengan GAE5X / GAE10X yang mana pengeluaran fizikal dari akaun ini hanya boleh dilakukan setelah QM menerima bayaran penuh dari pelanggan.
Kadar keuntungan dari peningkatan harga emas tidak dikenakan cukai.
Tidak. Quantum Metal hanya meniagakan jual beli dan penyimpanan emas fizikal.
Harga emas Quantum Metal adalah berdasarkan London Metal Exchange (LME). Pelanggan boleh rujuk pautan www.quantummetal.com untuk maklumat yang berkaitan dengan harga jual / beli emas QM.
Harga Spot disebut sebagai nilai tetap antarabangsa untuk satu (1) ‘troy ons’ harga emas berdasarkan harga penawaran dan permintaan. Sila ambil perhatian bahawa Harga Spot berubah setiap minit/masa dan harga jual / beli emas QM tidak berdasarkan pada Harga Spot.
Sila hubungi kami di talian ini atau layari pautan Quantum Metal:
Talian Khidmat Pelanggan QM: 03-8605 3611
Talian WhatsApp QM: 014-318 0237
Laman sesawang rasmi QM: https://www.quantummetal.com
Sila kunjungi laman web rasmi Quantum Metal S/B untuk pendaftaran akaun emas dalam talian atau hubungi terus Talian Khidmat Pelanggan QM: 014-3180237 / WhatsApp kami di 014-3180237 untuk bantuan pendaftaran.
Pendaftaran Akaun Simpanan Emas dengan Quantum Metal S/B adalah PERCUMA.
Berikut adalah kriteria untuk membuka akaun emas dengan Quantum Metal:
i) Berumur 18 tahun & ke atas;
ii) Pemegang MyKad untuk warganegara Malaysia dan mempunyai akaun simpanan di bank Malaysia yang berdaftar atau memiliki Paspot yang sah bagi individu bukan warganegara Malaysia dan mempunyai Akaun Bank asing yang diiktiraf / berdaftar.
Ya. Syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dibenarkan untuk membuka akaun emas dengan Quantum Metal S/B tertakhluk kepada terma dan syarat. Sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan QM: 014-3180237 / WhatsApp kami di 014-3180237 untuk maklumat yang lebih lanjut.
Ya. Syarikat berpengalaman dan kukuh yang mempunyai rancangan perniagaan yang baik boleh memohon untuk menjadi rakan perniagaan QM. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan QM: 03-8605 3611 / WhatsApp kami di 014-318 0237.
KYC perlu dilengkapkan oleh setiap Pelanggan bagi memastikan maklumat yang dimasukkan dalam sistem QM adalah sama sepertimana yang tertera dalam MyKad / Paspot termasuk Akaun Bank Pelanggan. Setelah pendaftaran dan KYC tersebut selesai, akaun emas anda akan tetap aktif walaupun tiada rekod transaksi jual/beli dilakukan sehingga permohonan rasmi untuk menutup akaun diterima oleh QM dari Pelanggan.
Ya. Anda boleh menukar kata laluan anda pada bila-bila masa dengan memilih ‘Terlupa Kata Laluan’ di halaman muka utama log masuk QM.
Sekiranya anda tidak dapat log masuk ke akaun emas anda atau ianya terkunci / tersekat, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan QM: 014-3180237 / WhatsApp kami di 014-3180237 untuk ‘reset’ semula kata laluan baru akaun anda.
Waktu operasi QM ialah dari jam 9:00 AM hingga 5.00 PM pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.
Pejabat QM ditutup pada setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad) dan juga pada hari Cuti Umum Tahun Kalendar Malaysia.
Sila ambil perhatian bahawa penggunaan Kad Kredit / Kad Debit tidak dibenarkan bagi pembelian emas ketika ini dan ianya masih dalam perancangan QM. Pihak QM akan mengeluarkan notis rasmi setelah sistem tersebut telah dibangunkan sepenuhnya dalam masa terdekat.
Buat masa ini, transaksi pembelian emas hanya boleh dilakukan secara ‘Pemindahan Dalam Talian’ dan melalui Pemindahan Telegrafik ‘TT’ melalui bank yang berdaftar di dalam mahupun dari luar negara.
QM hanya menjual emas fizikal dengan ketulenan 999.9% yang dihasilkan oleh pengilang emas bertauliah berdaftar dengan ‘London Bullion Market Association’s Good Delivery List’.
Setelah Pelanggan berjaya melakukan transaksi jualan emas melalui sistem, QM akan mengambil masa antara satu (1) hingga lima (5) hari waktu bekerja untuk diproses. Bayaran tersebut kemudian akan dikreditkan terus ke akaun bank berdaftar Pelanggan.
Pelanggan boleh membeli emas fizikal dari Quantum Metal serendah RM10.00 menggunakan GSA dan tiada had untuk pembelian maksima.
Sila ambil perhatian bahawa Pelanggan perlu memohon pengeluaran emas fizikal melalui sistem QM terlebih dahulu dan mesti mendapatkan pengesahan serta kelulusan dari “Khidmat Pelanggan QM” yang kemudian akan menasihati Pelanggan akan tarikh dan cawangan Ar Rahnu TEKUN untuk pegambilan emas tersebut. Permohonan dan pengambilan secara terus dari Ar Rahnu TEKUN tanpa pengesahan QM tidak akan dilayan / dibenarkan.
Adalah dinasihatkan agar Pelanggan untuk log masuk ke akaun emas bagi memastikan maklumat e-mel dan nombor telefon telah dikemaskini. Ini kerana ketidaksempurnaan maklumat Pelanggan dalam sistem boleh melewatkan proses pengesahan dan menentukan tarikh pengambilan emas fizikal tersebut. Pelanggan perlu menghubungi Talian Khidmat Pelanggan QM: 014-3180237 / WhatsApp kami di 014-3180237 untuk mendapatkan kepastian dan maklumat yang lebih lanjut.
Tiada ada caj atau bayaran tambahan yang dikenakan pada Pelanggan untuk membuat pengambilan emas fizikal dari mana-mana cawangan Ar Rahnu TEKUN.
Untuk makluman, emas fizikal QM yang diambil dari Ar Rahnu TEKUN boleh dipajak semula kepada QM dengan harga yang lebih tinggi mengikut terma dan syarat QM. Sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan QM: 014-3180237 / WhatsApp kami di 014-3180237 untuk keterangan dan maklumat yang lebih lanjut.
Sekiranya Pelanggan ingin mengadai emas fizikal QM kepada Ar Rahnu TEKUN, ianya tertakluk kepada terma, syarat dan harga gadaian Ar Rahnu TEKUN sepenuhnya. Pelanggan perlu hubungi Ar Rahnu TEKUN untuk sebarang pertanyaan.
Pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi talian Ar Rahnu TEKUN di: 03-9059 8888
Atas sebab keselamatan, emas fizikal QM hanya boleh diambil oleh pemilik emas tersebut sahaja setelah membuat permohonan untuk mengeluarkan emas fizikal dari akaun emasnya. Pihak ketiga atau mana-mana individu selain pemilik emas tersebut tidak dibenarkan untuk membuat pengambil sama-sekali.
Maaf, pelanggan tidak boleh menukar kadar gram emas dan/atau kuantiti setelah selesai membuat transaksi pengeluaran di sistem.
Penukaran cawangan Ar Rahnu TEKUN untuk pengambilan emas fizikal QM dari cawangan yang lain setelah membuat transaksi di sistem adalah tidak dibenarkan.
Perkhidmatan pelanggan QM akan menghubungi anda setelah emas fizikal QM telah tersedia untuk pengambilan anda dari Ar Rahnu TEKUN dalam tempoh masa antara lima (5) hingga sepuluh (10) hari. (Nota: Tertakluk kepada stok sediaada)
Anda mesti membuat pengambilan emas fizikal setelah mendapat pengesahan dari QM dalam tempoh masa lima belas (15) hari waktu bekerja. Khidmat Pelanggan QM juga akan menghubungi anda bagi mengingatkan anda jika tidak ada sebarang pengambilan dilakukan. Sekiranya Pelanggan masih gagal untuk membuat pengambilan tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan, syarikat Quantum Metal S/B berhak untuk melakukan ‘jual paksa’ terhadap emas fizikal yang tidak dituntut itu pada hari bekerja yang ke-20.
Emas fizikal tersebut kemudian akan dinilai semula mengikut harga belian emas fizikal QM pada hari yang ke-20. Caj tambahan untuk pengendalian dan logistik juga akan dikenakan ke atas Pelanggan dan ianya akan ditolak dari harga belian emas fizikal tersebut. Baki nilaian gram emas tersebut kemudian akan dikreditkan semula oleh QM ke akaun GSA Pelanggan setelah transaksi tersebut selesai.
Ya, Pelanggan boleh memohon untuk membatalkan transaksi pengeluaran emas fizikal yang telah dibuat melalui sistem dalam tempoh masa tiga (3) hari dari tarikh transaksi dilakukan dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan QM: 014-3180237 / WhatsApp kami di 014-3180237. Sila ambil perhatian bahawa, permohonan pembatalan ini memberi kuasa mutlak kepada syarikat Quantum Metal S/B untuk melakukan ‘jual paksa’ dimana emas fizikal tersebut akan dinilai semula mengikut ‘harga belian’ QM pada hari bekerja transaksi tersebut dilakukan.
Caj tambahan untuk pengendalian dan logistik juga akan dikenakan ke atas Pelanggan dan ianya akan ditolak dari harga belian emas fizikal tersebut. Baki nilaian gram emas tersebut kemudian akan dikreditkan semula oleh QM ke akaun GSA Pelanggan setelah transaksi tersebut selesai pada hari yang sama.
i) QM telah melantik seorang pegawai kepatuhan tatacara ‘AMLA’ bagi memastikan syarikat ini mematuhi syarat-syarat dan garis panduan badan tersebut,
ii) Syarikat ini juga melakukan saringan terhadap Pelanggannya yang membuat transaksi dengan QM;
33. Bagaimana saya boleh menyertai kursus QM’s ‘Training Program’ dan berapa
bayarannya?
Proses G.O.L.D Education Program (GEP) amat mudah:
1. Pendaftaran Akaun – Bagi yang belum ada akaun Learning Management System (LMS) account, daftar di QMCU
2. Pilih dan daftar Kursus – sila rujuk https://qmcorporateuniversity.com/lms/how-to-register-a-program
3. Pembayaran – sila rujuk https://qmcorporateuniversity.com/lms/how-to-make-payment-via-qmgold/
4. Hadiri sesi kursus – Khidmat pelanggan akan WhatsApp informasi berkenaan training kepada anda
5. Buat penilaian dan tamat GEP – https://qmcorporateuniversity.com/lms/how-to-complete-my-course-assessment-and-get-my-digital-certificate/
Secara ringkasnya, Untuk menyertai kursus ‘QMCU Gold Training Program’, anda perlu daftar diri dengan Quantum Metal Corporate University (“QMCU”) yang akan mengendali kursus tersebut dengan melayari laman sesawang berikut: https://qmcorporateuniversity.com/lms/
Kemudian buat tempahan bagi kursus gold education training program.
Setelah menempah slot kursus tersebut (mengikut kursus yang akan ditawarkan), anda perlu hantar maklumat seperti nama beserta nombor tempahan kursus dan alamat email anda ke nombor Khidmat Pelanggan QMCU: 012 678 0237 untuk pengesahan.
Bayaran kursus adalah sebanyak RM300.00 termasuk kursus latihan, sijil digital, kad ahli Konsultan dan kemeja-T.
Kursus tersebut akan dikendalikan pada hari Sabtu & Ahad dari jam 10am hingga 5pm.
Anda akan menerima mesej WhatsApp berkenaan GEP selepas bayaran dan pengesahan dibuat.
Untuk maklumat lanjut mengenai sistem QMCU, sila rujuk:
Laman How To QMCU: https://qmcorporateuniversity.com/lms/category/how-to/
Atau
Laman FAQ QMCU: https://qmcorporateuniversity.com/lms/faqs/
Tidak. Penggunaan nama, logo syarikat Quantum Metal atau logo rakan perniagaannya seperti Bank-Bank yang berdaftar contohnya Bank AFFIN, MUAMALAT, ISRA’, BRINKS, MYANGKASA dan sebagainya dalam info paparan grafik dan video untuk aktiviti promosi dan pengiklanan anda di media social adalah TIDAK DIBENARKAN sama-sekali sepertimana yang terdapat dalam Terma & Syarat, SOP serta Kod Etika Ahli. Sila ambil perhatian bahawa, sekiranya pihak Pengurusan Quantum Metal mendapati atau mendapat laporan dari Pengguna atau Rakan Niaga dan sebagainya terhadap mana-mana Ahli yang berdaftar telah melanggar peraturan dan terma yang ditetapkan ini, maka Akaun Emas Ahli QM berkenaan akan Disekat / Ditamatkan.
Untuk makluman, terdapat pelbagai perkongsian yang telah dimuat turun oleh individu atau syarikat / agensi oleh pihak-pihak yang ‘Dikenali’ dan yang ‘Tidak Dikenali’ di dalam laman sosial media.
Kita telah mengenalpasti bahawa yang ‘Dikenali’ ini adalah mereka yang telah berdaftar dengan syarikat Quantum Metal Sdn Bhd yang dilantik sebagai Konsultan. Setiap Konsultan ini mempunyai Kad Keahlian rasmi sebagai wakil syarikat QM. Pelanggan dinasihatkan untuk imbas Kod QR ahli ini yang boleh didapati di laman media sosial Konsultant. Aktiviti pengiklanan dan promosi yang dipaparkan oleh Konsultant ini seharusnya menepati dan mengikut garispanduan serta SOP yang telah ditetapkan oleh Quantum Metal berdasarkan terma dan syarat syarikat QM.
Manakala, pihak yang ‘Tidak Dikenali’ pula adalah BUKAN ahli atau warga yang berdaftar dengan Quantum Metal Sdn. Bhd. dan mereka ini sama-sekali tidak mewakili syarikat QM secara langsung atau tidak langsung. Paparan dan perkongsian yang dimuat naik di laman sosial media tersebut pula tidak memberi gambaran yang benar berkaitan produk, model perniagaan, pematuhan, fasiliti dan servis Quantum Metal. Ini menyebaban berlakunya kekeliruan, percanggahan pendapat dan pemahaman yang berbeza di dalam masyarakat. Sekiranya Pelanggan mendapati terdapat maklumat atau perkongsian yang meragukan, mohon lapor perkara tersebut dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan QM dan juga WhatsApp maklumat yang tidak sahih itu kepada pihak kami untuk Tindakan lanjut.
Oleh yang demikian, para Pelanggan perlu berhati-hati dan dinasihatkan untuk melayari laman sesawang rasmi Quantum Metal Sdn Bhd dan/atau berhubung terus dengan pihak QM di talian yang dinyatakan dibawah ini untuk mendapatkan maklumat yang sahih, benar dan tepat.
Talian Khidmat Pelanggan QM: 03-8605 3611
Talian WhatsApp QM: 014-3180237
Laman sesawang rasmi QM: https://www.quantummetal.com
QM Facebook: https://www.facebook.com/QuantumMetalQM/
QM YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCiLO9cWWcu7fMgP19fqiS4g/videos
Tidak. Sepertimana pengumuman yang telah dibuat oleh pihak QM pada 1hb Julai 2020 dan 28hb Julai 2021, Pelanggan tidak perlu membuat apa-apa bayaran tambahan sekiranya harga belian emas jatuh dibawah paras 8%. QM juga tidak akan membuat ‘jual paksa’ ke atas pegangan emas tersebut dan Pelanggan boleh terus menyimpan sehingga nilai emas itu naik atau meningkat untuk memperoleh keuntungan. Pelanggan mempunyai hak mutlak ke atas pegangan emas mereka dan berhak untuk menjualnya pada bila-bila masa yang sesuai.
Jenis perniagaan jual beli emas yang dijalankan oleh Quantum Metal Sdn Bhd tidak terikat atau memerlukan syarikat ini didaftarkan dibawah agensi Suruhanjaya Sekuriti (“SC”) dan Bank Negara Malaysia (“BNM”) sama seperti kategori perniagaan Kedai Emas.
Kaedah jual bel emas untuk produk Gold Asset Enhance (GAE) 5X/10X diberi secara hutang kepada pelanggan dimana nilaian gram emas yang persamaan dengan harga pembelian akan dikreditkan terus ke akaun GAE pelanggan dan ianya bukan diberi secara pinjaman. Ini kerana pelanggan mempunyai hak milikan 100% keatas pembelian emas tersebut setelah membuat bayaran kepada QM bertepatan dengan konsep Syariah dan pelanggan boleh menjual semula emas tersebut pada bila-bila masa.
Seseorang yang berumur 18 tahun ke bawah TIDAK dibenarkan untuk membuka dan memiliki akaun emas QM. Sebaliknya, kanak-kanak tersebut boleh didaftarkan sebagai Akaun ‘Junior’ dibawah akaun Primari Ibubapa sebagai Penjaga mutlak akaun Junior tersebut bagi kegunaan pembelajaran atau pelan masa depan. Ibubapa juga dibenarkan untuk membeli produk-produk Gold Asset Enhance (GAE) 5X/10X untuk anak mereka. Pemegang akaun ‘Junior’ ini tidak boleh dilantik menjadi Konsultant (D/M/SM).
Ya. Setelah membuka akaun emas dengan Quantum Metal, pemilik akaun boleh membuat penamaan pewaris melalui dua acara iaitu memasukkan nama waris diruangan ‘Beneficiary’ atau memilih ‘Estate’.
‘Monetary Metal’ memberi fasiliti dalam bentuk bekalan fizikal kepada Quantum Metal sama seperti kepada bank-bank lain termasuk cawangannya. Manakala, ‘Bullion Bank’ pula memberi kredit kepada ahli Quantum Metal untuk produk Gold Asset Enhance (GAE) 5X/10X.