Quantum Bullion Exchange Board

Soalan-Soalan Lazim

  1. Adakah produk jual beli emas di Quantum Metal Sdn Bhd patuh Shariah?

Ya, produk Quantum Metal Sdn Bhd telah mendapat pematuhan Syariah kerana ianya di audit dan diperakui oleh ISRA International Consulting Sdn. Bhd.

  1. Bagaimana saya tahu emas saya selamat dengan Quantum Metal (‘QM’)?

Setelah mendapat pengesahan pembayaran daripada pelanggan bagi pembelian emas di QM, sejumlah nilaian emas dalam gram yang setara dengan belian tersebut akan dikreditkan terus ke akaun Gold Storage Account (GSA) pelanggan. Emas fizikal QM amat selamat kerana ianya disimpan di BRINKS iaitu sebuah syarikat antarabangsa yang mengendalikan peti simpanan barangan berharga yang terkemuka di seluruh dunia. Emas pelanggan juga telah diinsuranskan 100% dengan syarikat antarabanga iaitu LLOYD’s London.

Sekiranya anda ingin mengeluarkan emas fizikal, pelanggan boleh memilih pengeluaran emas fizikal ‘Physical Withdrawal’ dari akaun GSA pada bila-bila masa dan QM akan uruskan penghantaran emas fizikal tersebut ke alamat pelanggan yang telah didaftarkan di dalam sistem. Ia berbeza dengan GAE5X / GAE10X yang mana pengeluaran fizikal dari akaun ini hanya boleh dilakukan setelah QM menerima bayaran penuh dari pelanggan.

  1. Adakah keuntungan yang diperolehi daripada perdagangan emas dikenakan cukai?

Kadar keuntungan dari peningkatan harga emas tidak dikenakan cukai.

  1. Adakah GAE sama dengan Dana Perdagangan Pertukaran (‘ETF’)?

Tidak. Quantum Metal hanya meniagakan jual beli dan penyimpanan emas fizikal.

  1. Dimana saya boleh semak harga emas Quantum Metal?

Harga emas Quantum Metal adalah berdasarkan London Metal Exchange (LME). Pelanggan boleh rujuk pautan www.quantummetal.com untuk maklumat yang berkaitan dengan harga jual / beli emas QM.

  1. Apa yang dimaksudkan dengan Harga Spot?

Harga Spot disebut sebagai nilai tetap antarabangsa untuk satu (1) ‘troy ons’ harga emas berdasarkan harga penawaran dan permintaan. Sila ambil perhatian bahawa Harga Spot berubah setiap minit/masa dan harga jual / beli emas QM tidak berdasarkan pada Harga Spot.

  1. Bagaimana cara untuk menghubungi Quantum Metal?

Sila hubungi kami di talian ini atau layari pautan Quantum Metal:

Talian Khidmat Pelanggan QM: 03-8605 3611

Talian WhatsApp QM: 014-318 0237

Laman sesawang rasmi QM: https://www.quantummetal.com

  1. Bagaimana cara untuk mendaftar akaun emas dengan Quantum Metal?

Sila kunjungi laman web rasmi Quantum Metal S/B untuk pendaftaran akaun emas dalam talian atau hubungi terus Talian Khidmat Pelanggan QM: 014-3180237 / WhatsApp kami di 014-3180237 untuk bantuan pendaftaran.

  1. Berapa bayaran yang dikenakan untuk membuka Akaun Simpanan Emas dengan Quantum Metal?

Pendaftaran Akaun Simpanan Emas dengan Quantum Metal S/B adalah PERCUMA.

  1. Siapa yang layak untuk membuka dan memiliki akaun emas dengan Quantum Metal?

Berikut adalah kriteria untuk membuka akaun emas dengan Quantum Metal:

i) Berumur 18 tahun & ke atas;

ii) Pemegang MyKad untuk warganegara Malaysia dan mempunyai akaun simpanan di bank Malaysia yang berdaftar atau memiliki Paspot yang sah bagi individu bukan warganegara Malaysia dan mempunyai Akaun Bank asing yang diiktiraf / berdaftar.

  1. Bolehkah sesuatu syarikat persendirian dibenarkan berdaftar dengan Quantum Metal?

Ya. Syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dibenarkan untuk membuka akaun emas dengan Quantum Metal S/B tertakhluk kepada terma dan syarat. Sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan QM: 014-3180237 / WhatsApp kami di 014-3180237 untuk maklumat yang lebih lanjut.

  1. Bolehkah sesuatu syarikat menjadi rakan perniagaan dengan QM?

Ya. Syarikat berpengalaman dan kukuh yang mempunyai rancangan perniagaan yang baik boleh memohon untuk menjadi rakan perniagaan QM. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan QM: 03-8605 3611 / WhatsApp kami di 014-318 0237.

  1. Kenapa saya perlu buat KYC dan setelah mendapat pengesahan, adakah akaun emas saya akan ditutup sekiranya tiada sebarang transaksi jual/beli emas dilakukan?

KYC perlu dilengkapkan oleh setiap Pelanggan bagi memastikan maklumat yang dimasukkan dalam sistem QM adalah sama sepertimana yang tertera dalam MyKad / Paspot termasuk  Akaun Bank Pelanggan. Setelah pendaftaran dan KYC tersebut selesai, akaun emas anda akan tetap aktif walaupun tiada rekod transaksi jual/beli dilakukan sehingga permohonan rasmi untuk menutup akaun diterima oleh QM dari Pelanggan.

  1. Bolehkah saya tukar KATA LALUAN Akaun Simpanan Emas?

Ya. Anda boleh menukar kata laluan anda pada bila-bila masa dengan memilih ‘Terlupa Kata Laluan’ di halaman muka utama log masuk QM.

  1. Apa yang perlu saya buat sekiranya saya tidak dapat log masuk ke akaun emas atau ianya terkunci?

Sekiranya anda tidak dapat log masuk ke akaun emas anda atau ianya terkunci / tersekat, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan QM: 014-3180237 / WhatsApp kami di 014-3180237 untuk ‘reset’ semula kata laluan baru akaun anda.

  1. Waktu dan hari apa QM beroperasi?

Waktu operasi QM ialah dari jam 9:00 AM hingga 5.00 PM pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Pejabat QM ditutup pada setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad) dan juga pada hari Cuti Umum Tahun Kalendar Malaysia.

  1. Bolehkah saya membeli emas menggunakan Kad Kredit / Kad Debit?

Sila ambil perhatian bahawa penggunaan Kad Kredit / Kad Debit tidak dibenarkan bagi pembelian emas ketika ini dan ianya masih dalam perancangan QM. Pihak QM akan mengeluarkan notis rasmi setelah sistem tersebut telah dibangunkan sepenuhnya dalam masa terdekat.

Buat masa ini, transaksi pembelian emas hanya boleh dilakukan secara ‘Pemindahan Dalam Talian’ dan melalui Pemindahan Telegrafik ‘TT’ melalui bank yang berdaftar di dalam mahupun dari luar negara.

  1. Apakah tahap ketulenan emas yang dijual oleh QM?

QM hanya menjual emas fizikal dengan ketulenan 999.9% yang dihasilkan oleh pengilang emas bertauliah berdaftar dengan ‘London Bullion Market Association’s Good Delivery List’.

  1. Setelah Pelanggan membuat penjualan emas semula kepada QM, berapa tempoh jangkamasa yang akan diambil untuk Pelanggan terima wang mereka?

Setelah Pelanggan berjaya melakukan transaksi jualan emas melalui sistem, QM akan mengambil masa antara satu (1) hingga lima (5) hari waktu bekerja untuk diproses. Bayaran tersebut kemudian akan dikreditkan terus ke akaun bank berdaftar Pelanggan.

  1. Berapakah had minimum dan maksimum pembelian emas?

Pelanggan boleh membeli emas fizikal dari Quantum Metal serendah RM10.00 menggunakan GSA dan tiada had untuk pembelian maksima.

  1. Bolehkah saya pergi secara terus ke cawangan Ar Rahnu TEKUN untuk membuat permohonan dan pengeluaran emas fizikal?

Sila ambil perhatian bahawa Pelanggan perlu memohon pengeluaran emas fizikal melalui sistem QM terlebih dahulu dan mesti mendapatkan pengesahan serta kelulusan dari “Khidmat Pelanggan QM” yang kemudian akan menasihati Pelanggan akan tarikh dan cawangan Ar Rahnu TEKUN untuk pegambilan emas tersebut. Permohonan dan pengambilan secara terus dari Ar Rahnu TEKUN tanpa pengesahan QM tidak akan dilayan / dibenarkan.

  1. Sekiranya saya tidak menerima apa-apa maklumat dari QM setelah melakukan transaksi pengeluaran emas fizikal melalui talian berkenaan pengesahan dan tarikh pengambilan emas fizikal lebih dari seminggu, apa yang perlu saya lakukan?

Adalah dinasihatkan agar Pelanggan untuk log masuk ke akaun emas bagi memastikan maklumat e-mel dan nombor telefon telah dikemaskini. Ini kerana ketidaksempurnaan maklumat Pelanggan dalam sistem boleh melewatkan proses pengesahan dan menentukan tarikh pengambilan emas fizikal tersebut. Pelanggan perlu menghubungi Talian Khidmat Pelanggan QM: 014-3180237 / WhatsApp kami di 014-3180237 untuk mendapatkan kepastian dan maklumat yang lebih lanjut.

  1. Adakah saya akan dikenakan sebarang caj atau perlu membuat apa-apa bayaran tambahan Ketika pengambilan emas fizikal dari Ar Rahnu TEKUN?

Tiada ada caj atau bayaran tambahan yang dikenakan pada Pelanggan untuk membuat pengambilan emas fizikal dari mana-mana cawangan Ar Rahnu TEKUN.

  1. Bolehkah saya mengadaikan emas fizikal QM yang diambil dari cawangan Ar Rahnu TEKUN kepada Ar Rahnu TEKUN semula?

Untuk makluman, emas fizikal QM yang diambil dari Ar Rahnu TEKUN boleh dipajak semula kepada QM dengan harga yang lebih tinggi mengikut terma dan syarat QM. Sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan QM: 014-3180237 / WhatsApp kami di 014-3180237 untuk keterangan dan maklumat yang lebih lanjut.

Sekiranya Pelanggan ingin mengadai emas fizikal QM kepada Ar Rahnu TEKUN, ianya tertakluk kepada terma, syarat dan harga gadaian Ar Rahnu TEKUN sepenuhnya. Pelanggan perlu hubungi Ar Rahnu TEKUN untuk sebarang pertanyaan.

  1. Bilakah waktu dan hari operasi Ar Rahnu TEKUN?

Pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi talian Ar Rahnu TEKUN di: 03-9059 8888

  1. Bolehkah pihak ketiga/wakil membuat pengambilan emas fizikal bagi pihak pemilik?

Atas sebab keselamatan, emas fizikal QM hanya boleh diambil oleh pemilik emas tersebut sahaja  setelah membuat permohonan untuk mengeluarkan emas fizikal dari akaun emasnya. Pihak ketiga atau mana-mana individu selain pemilik emas tersebut tidak dibenarkan untuk membuat pengambil sama-sekali.

  1. Bolehkah saya memohon atau menukar kadar gram emas dan kuantiti emas fizikal QM yang ingin dikeluarkan setelah selesai membuat transaksi pengeluaran di sistem?

Maaf, pelanggan tidak boleh menukar kadar gram emas dan/atau kuantiti setelah selesai membuat transaksi pengeluaran di sistem.

  1. Bolehkah saya membuat penukaran cawangan Ar Rahnu TEKUN setelah transaksi pengeluaran selesai?

Penukaran cawangan Ar Rahnu TEKUN untuk pengambilan emas fizikal QM dari cawangan yang lain setelah membuat transaksi di sistem adalah tidak dibenarkan.

  1. Bagaimana saya boleh mengetahui jika emas fizikal telah tersedia dan boleh diambil dari cawangan Ar Rahnu TEKUN?

Perkhidmatan pelanggan QM akan menghubungi anda setelah emas fizikal QM telah tersedia untuk pengambilan anda dari Ar Rahnu TEKUN dalam tempoh masa antara lima (5) hingga sepuluh (10) hari.  (Nota: Tertakluk kepada stok sediaada)

  1. Berapa tempoh masa yang saya ada untuk membuat pengambilan emas fizikal QM dari pusat Ar Rahnu TEKUN?

Anda mesti membuat pengambilan emas fizikal setelah mendapat pengesahan dari QM dalam tempoh masa lima belas (15) hari waktu bekerja. Khidmat Pelanggan QM juga akan menghubungi anda bagi mengingatkan anda jika tidak ada sebarang pengambilan dilakukan. Sekiranya Pelanggan masih gagal untuk membuat pengambilan tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan, syarikat Quantum Metal S/B berhak untuk melakukan ‘jual paksa’ terhadap emas fizikal yang tidak dituntut itu pada hari bekerja yang ke-20.

Emas fizikal tersebut kemudian akan dinilai semula mengikut harga belian emas fizikal QM pada hari yang ke-20. Caj tambahan untuk pengendalian dan logistik juga akan dikenakan ke atas Pelanggan dan ianya akan ditolak dari harga belian emas fizikal tersebut. Baki nilaian gram emas tersebut kemudian akan dikreditkan semula oleh QM ke akaun GSA Pelanggan setelah transaksi tersebut selesai.

  1. Bolehkah saya membuat pembatalan setelah transaksi pengeluaran fizikal emas selesai dilakukan dalam sistem QM?

Ya, Pelanggan boleh memohon untuk membatalkan transaksi pengeluaran emas fizikal yang telah dibuat melalui sistem dalam tempoh masa tiga (3) hari dari tarikh transaksi dilakukan dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan QM: 014-3180237 / WhatsApp kami di 014-3180237. Sila ambil perhatian bahawa, permohonan pembatalan ini memberi kuasa mutlak kepada syarikat Quantum Metal S/B untuk melakukan ‘jual paksa’ dimana emas fizikal tersebut akan dinilai semula mengikut ‘harga belian’ QM pada hari bekerja transaksi tersebut dilakukan.

Caj tambahan untuk pengendalian dan logistik juga akan dikenakan ke atas Pelanggan dan ianya akan ditolak dari harga belian emas fizikal tersebut. Baki nilaian gram emas tersebut kemudian akan dikreditkan semula oleh QM ke akaun GSA Pelanggan setelah transaksi tersebut selesai pada hari yang sama.

  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh QM berkaitan dengan ‘Anti–Money Laundering, Anti–Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001’ (“AMLA”)?

    i) QM telah melantik seorang pegawai kepatuhan tatacara ‘AMLA’ bagi memastikan syarikat ini mematuhi syarat-syarat dan garis panduan badan tersebut,

    ii) Syarikat ini juga melakukan saringan terhadap Pelanggannya yang membuat transaksi dengan QM;

33. Bagaimana saya boleh menyertai kursus QM’s ‘Training Program’ dan berapa
bayarannya?

Proses G.O.L.D Education Program (GEP) amat mudah:

1. Pendaftaran Akaun – Bagi yang belum ada akaun Learning Management System (LMS) account, daftar di QMCU

2. Pilih dan daftar Kursus – sila rujuk https://qmcorporateuniversity.com/lms/how-to-register-a-program

3. Pembayaran – sila rujuk https://qmcorporateuniversity.com/lms/how-to-make-payment-via-qmgold/

4. Hadiri sesi kursus – Khidmat pelanggan akan WhatsApp informasi berkenaan training kepada anda

5. Buat penilaian dan tamat GEP – https://qmcorporateuniversity.com/lms/how-to-complete-my-course-assessment-and-get-my-digital-certificate/

Secara ringkasnya, Untuk menyertai kursus ‘QMCU Gold Training Program’, anda perlu daftar diri dengan Quantum Metal Corporate University (“QMCU”) yang akan mengendali kursus tersebut dengan melayari laman sesawang berikut: https://qmcorporateuniversity.com/lms/

Kemudian buat tempahan bagi kursus gold education training program.

Setelah menempah slot kursus tersebut (mengikut kursus yang akan ditawarkan), anda perlu hantar maklumat seperti nama beserta nombor tempahan kursus dan alamat email anda ke nombor Khidmat Pelanggan QMCU: 012 678 0237 untuk pengesahan.

Bayaran kursus adalah sebanyak RM300.00 termasuk kursus latihan, sijil digital, kad ahli Konsultan dan kemeja-T.

Kursus tersebut akan dikendalikan pada hari Sabtu & Ahad dari jam 10am hingga 5pm.

Anda akan menerima mesej WhatsApp berkenaan GEP selepas bayaran dan pengesahan dibuat.

Untuk maklumat lanjut mengenai sistem QMCU, sila rujuk:
Laman How To QMCU: https://qmcorporateuniversity.com/lms/category/how-to/

Atau

Laman FAQ QMCU: https://qmcorporateuniversity.com/lms/faqs/

  1. Sebagai seorang Ahli yang berdaftar, boleh ke saya gunakan nama, logo syarikat Quantum Metal atau logo rakan perniagaannya seperti Bank-Bank yang berdaftar contohnya Bank AFFIN, MUAMALAT, ISRA’, BRINKS, MYANGKASA dan sebagainya dalam info paparan grafik dan video untuk aktiviti promosi dan pengiklanan saya di media social?

Tidak. Penggunaan nama, logo syarikat Quantum Metal atau logo rakan perniagaannya seperti Bank-Bank yang berdaftar contohnya Bank AFFIN, MUAMALAT, ISRA’, BRINKS, MYANGKASA dan sebagainya dalam info paparan grafik dan video untuk aktiviti promosi dan pengiklanan anda di media social adalah TIDAK DIBENARKAN sama-sekali sepertimana yang terdapat dalam Terma & Syarat, SOP serta Kod Etika Ahli. Sila ambil perhatian bahawa, sekiranya pihak Pengurusan Quantum Metal mendapati atau mendapat laporan dari Pengguna atau Rakan Niaga dan sebagainya terhadap mana-mana Ahli yang berdaftar telah melanggar peraturan dan terma yang ditetapkan ini, maka Akaun Emas Ahli QM berkenaan akan Disekat / Ditamatkan.

  1. Kenapa terdapat pelbagai informasi yang berlainan berkaitan dengan produk Quantum Metal dipasaran dan bagaimana untuk mendapat maklumat yang sah, benar dan tulen?

Untuk makluman, terdapat pelbagai perkongsian yang telah dimuat turun oleh individu atau syarikat / agensi oleh pihak-pihak yang ‘Dikenali’ dan yang ‘Tidak Dikenali’ di dalam laman sosial media.

Kita telah mengenalpasti bahawa yang ‘Dikenali’ ini adalah mereka yang telah berdaftar dengan syarikat Quantum Metal Sdn Bhd yang dilantik sebagai Konsultan. Setiap Konsultan ini mempunyai Kad Keahlian rasmi sebagai wakil syarikat QM. Pelanggan dinasihatkan untuk imbas Kod QR ahli ini yang boleh didapati di laman media sosial Konsultant. Aktiviti pengiklanan dan promosi yang dipaparkan oleh Konsultant ini seharusnya menepati dan mengikut garispanduan serta SOP yang telah ditetapkan oleh Quantum Metal berdasarkan terma dan syarat syarikat QM.

Manakala, pihak yang ‘Tidak Dikenali’ pula adalah BUKAN ahli atau warga yang berdaftar dengan Quantum Metal Sdn. Bhd. dan mereka ini sama-sekali tidak mewakili syarikat QM secara langsung atau tidak langsung. Paparan dan perkongsian yang dimuat naik di laman sosial media tersebut pula tidak memberi gambaran yang benar berkaitan produk, model perniagaan, pematuhan, fasiliti dan servis Quantum Metal. Ini menyebaban berlakunya kekeliruan, percanggahan pendapat dan pemahaman yang berbeza di dalam masyarakat. Sekiranya Pelanggan mendapati terdapat maklumat atau perkongsian yang meragukan, mohon lapor perkara tersebut dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan QM dan juga WhatsApp maklumat yang tidak sahih itu kepada pihak kami untuk Tindakan lanjut.

Oleh yang demikian, para Pelanggan perlu berhati-hati dan dinasihatkan untuk melayari laman sesawang rasmi Quantum Metal Sdn Bhd dan/atau berhubung terus dengan pihak QM di talian yang dinyatakan dibawah ini untuk mendapatkan maklumat yang sahih, benar dan tepat.

Talian Khidmat Pelanggan QM: 03-8605 3611

Talian WhatsApp QM: 014-3180237

Laman sesawang rasmi QM: https://www.quantummetal.com

QM Facebook: https://www.facebook.com/QuantumMetalQM/

QM YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCiLO9cWWcu7fMgP19fqiS4g/videos

  1. Sekiranya harga emas jatuh dibawah paras 8% setelah saya membuat pembelian untuk produk Gold Asset Enhance (GAE) 5X/10X, adakah saya perlu membuat bayaran tambahan?

Tidak. Sepertimana pengumuman yang telah dibuat oleh pihak QM pada 1hb Julai 2020 dan 28hb Julai 2021, Pelanggan tidak perlu membuat apa-apa bayaran tambahan sekiranya harga belian emas jatuh dibawah paras 8%. QM juga tidak akan membuat ‘jual paksa’ ke atas pegangan emas tersebut dan Pelanggan boleh terus menyimpan sehingga nilai emas itu naik atau meningkat untuk memperoleh keuntungan. Pelanggan mempunyai hak mutlak ke atas pegangan emas mereka dan berhak untuk menjualnya pada bila-bila masa yang sesuai.

  1. Adakah Quantum Metal Sdn Bhd didatarkan dibawah agensi Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia (BNM)?

Jenis perniagaan jual beli emas yang dijalankan oleh Quantum Metal Sdn Bhd tidak terikat atau memerlukan syarikat ini didaftarkan dibawah agensi Suruhanjaya Sekuriti (“SC”) dan Bank Negara Malaysia (“BNM”) sama seperti kategori perniagaan Kedai Emas. 

 

  1. Adakah kaedah jual beli emas bagi produk Gold Asset Enhance (GAE) 5X/10X yang ditawarkan oleh Quantum Metal (QM) itu diberi secara hutang atau pinjaman?

Kaedah jual bel emas untuk produk Gold Asset Enhance (GAE) 5X/10X diberi secara hutang kepada pelanggan dimana nilaian gram emas yang persamaan dengan harga pembelian akan dikreditkan terus ke akaun GAE pelanggan dan ianya bukan diberi secara pinjaman. Ini kerana pelanggan mempunyai hak milikan 100% keatas pembelian emas tersebut setelah membuat bayaran kepada QM bertepatan dengan konsep Syariah dan pelanggan boleh menjual semula emas tersebut pada bila-bila masa.

  1. Bolehkah seseorang yang berumur 18 tahun ke bawah dibenarkan membuka akaun emas dengan Quantum Metal (“QM”)?

Seseorang yang berumur 18 tahun ke bawah TIDAK dibenarkan untuk membuka dan memiliki akaun emas QM. Sebaliknya, kanak-kanak tersebut boleh didaftarkan sebagai Akaun ‘Junior’ dibawah akaun Primari Ibubapa sebagai Penjaga mutlak akaun Junior tersebut bagi kegunaan pembelajaran atau pelan masa depan. Ibubapa juga dibenarkan untuk membeli produk-produk Gold Asset Enhance (GAE) 5X/10X untuk anak mereka. Pemegang akaun ‘Junior’ ini tidak boleh dilantik menjadi Konsultant (D/M/SM).

  1. Bolehkah pemilik akaun emas QM menamakan pewaris setelah mendaftar?

Ya. Setelah membuka akaun emas dengan Quantum Metal, pemilik akaun boleh membuat penamaan pewaris melalui dua acara iaitu memasukkan nama waris diruangan ‘Beneficiary’ atau memilih ‘Estate’.

  1. Apakah peranan and perbezaan di antara ‘Monetary Metal’ dan ‘Bullion Bank’ dengan Quantum Metal dalam pemberian fasiliti dan kredit?

‘Monetary Metal’ memberi fasiliti dalam bentuk bekalan fizikal kepada Quantum Metal sama seperti kepada bank-bank lain termasuk cawangannya. Manakala, ‘Bullion Bank’ pula memberi kredit kepada ahli Quantum Metal untuk produk Gold Asset Enhance (GAE) 5X/10X.

Hubungi Kami